Program “Internet? Use It Right!” Siri III Bersama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 – 06 September 2019, telah berlangsungnya Program “Internet? Use It Right!” Siri III Bersama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Program ini telah diadakan selama 4 hari berturut-turut bertempat di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bersempena hari bertemu pelanggan Pusat Kokurikulum. Program ini melibatkan semua staff Pusat Internet Wilayah Tengah secara bergilir-gilir mengikut hari yang telah ditetapkan.

Program ini telah menarik 250 orang pelajar UiTM Shah Alam sepanjang 4 hari berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran mesin pencetak 3D, puzzle, kuiz berkaitan pusat internet dan pengetahuan am mengenai ICT dan edaran risalah bagi memperkenalkan pusat internet serta penerangan tentang program kesedaran advokasi seperti Klik Dengan Bijak, Mobile eWaste, Check Your Label dan juga portal Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali